AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 15 February 2012

RumahTerbalik FM GiveAway

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://www.ecadwinkyasha.com/


Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Klik di sini untuk lihat peraturan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan.


PERATURAN:

1/  Tajuk  Entry : RumahTerbalik FM GiveAway.
2/  Letakkan banner diatas.(guna kod yang telah diberikan yer!)
3/  Pilih salah satu entry dari eca (entry-entry sebelum ini dan selama eca berblogging) yang anda suka dan gemari.Tuliskan sebab kenapa anda suka/gemari entry tersebut!.
4/ Anda digalakkan untuk Follow Blog ini atau Like Fanpage untuk mengikuti update-update terbaru mengenai GiveAway ini.
5/ Link Entry anda hendaklah diletakkan di ruangan komen.


Setelah puas membelek satu persatu entri diblog Eca, Kak Nida tertarik pada entri "exam oo exam". Klik sini untuk melihat entri yang Kak Nida maksudkan itu.


Kenapa dan mengapa entri ini dipilih oleh Kak Nida. Ini kerana apabila akak membaca entri tersebut, akak tersenyum sendiri kerana Kak Nida teringat pada zaman bergelar pelajar dahulu... Memang benar apa yang Eca tulis, kalau Kak Nida pun tak sabar nak exam, sebabnya lepas exam mesti lapang kepala otak ni, kemudian bolehlah bercuti dengan sepuas-puasnya..hehe.

Entri ini juga amat bagus kerana ada banyak tips buat pelajar-pelajar di luar sana dalam menghadapi peperiksaan. Walaupun ada ayat-ayat yang lawak, namun tetap ada kebenarannya terutama satu subjek satu pen... hehe. 

Seperkara lagi yang buat akak tersenyum sendiri bila baca entri ini ialah perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan bila berada dalam dewan peperiksaan. Sesungguhnya ia amat benar sekali. Pengalaman Kak Nida sebagai pelajar pun sama dengan apa yang Eca tulis tu, dan bila akak jadi cikgu pun akak lihat begitu jugalah perbezaan antara anak murid lelaki dan perempuan bila time exam.




Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Harap impian menjadi realiti
Dapat hadiah menawan di hati.
ameeeeeennnn

1 comment:

ecadwinkyasha said...

akak tahu tak akak pemenang Rumah Terbalik FM Giveaway..jom cek nama kat blog :)

My Blog List